CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, July 30, 2009

isra' mikraj 2

Alhamdullilah.praise to Allah for giving me time to continue writing in this blog..

berbalik kepada perbincangan sebelum ni mengenai isra' mikraj..sebagai seorang yg masih mencari-gali ilmu Allah ini, terasa rugi jika ilmu yg diperoleh itu tak dikongsi bersama-sama sahabat semua..

sebenarnya peristiwa isra' mikraj secara langsung telah melengkapkan kesempurnaan Rasullah s.a.w(amirul mukminin bagi zaman kita sekarang..bangga x?)..ni kerana Rasullah diberi kemuliaan dengan dapat bertemu sendiri dengan Alah azzawajalla(org kata face to face..mcm tu la)..nabi2 lain x diberi hak keistimewaan ni..even Jibril pun hanya berhenti di sidratul muntaha..

dan melalui peristiwa nilah Allah menfardhukan solat 5 waktu bagi setiap org muslim..itupun setelah Rasulallah memohon dikurangkan waktu solat..5 waktu ni pun masih ramai yg liat nak buat =(..ni mungkin disebabkan kita tidak mengkaji dan mengambil iktibar dari peristiwa isra' mikraj ni sendiri dek kerana tertipu dengan keindahan dunia..

antara pengajaran utama ialah isra' mikraj ni menerajui darjat manusia yang sebenarnya kerana ianya menekankan hubungan hamba dengan tuannya(Rabbuna) melalui solat..di sini solat boleh dikatakan sebagai jambatan kita menuju syurga Allah..apabila manusia terutamanya muslim mengambil berat tentang hal ini, maka secara langsung mereka akan merasai kelazatan hidup yang abadi..tika inilah darjat manusia diangkat setinggi-tingginya dan dipandang oleh Allah dengan pandangan rahmat..insyaAllah..carilah fadhilat2 solat dan lain2 ibadah agar dirimu terhibur dan senang mendirikannya..

wahai sahabatku, bukalah hatimu..lihatlah kecantikan ISLAM ini..Allah telah menyediakan jalan2 yg perlu kita lalui untuk menuju ke negeri abadi..sekarang dirimulah yg menentukan manakah jalan yg hendak kau lalui..
~petikan dari Dr Mohd Usmadi Hammadi dan ditambah sikit2 dr insan kerdil ni~

so,lepas ni jangan malas2 nak solat tau!!

wallahu'alam..
uhibbukum fillah..

0 comments: