CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, August 3, 2010

hebatnya DIA

"pandai-pandai jaga tepi kain orang"
"anak sendiri tak pandai jaga"
"biaq mampos anak tu dok kisah apa"
"@#$%^&*^&@#!!!!!!!"

itu antara kata-kata yang dihamburkan kepada ana sekeluarga untuk tempoh 2-3 hari yang lepas..ok biar ana cerita sikit apa yang berlaku to make it clear.

selepas berbulan-bulan(bertahun pun ada rasanya) kami sekeluarga selalu mendengar jiran(seorang kanak-kanak) dipukul (sangat dahsyat bunyinya) atas pelbagai kesalahan..sapa yang pukul?? IBU SAUDARA yang tanggung makan minumnya..budak tu baru je berumur 4-5tahun(x pasti), tak sepatutnya dia dipukul sebegitu dahsyat sampaikan orang-orang yang lalu depan rumah pun dengar bunyi pukulan tu..boleh bayangkan tak betapa sakitnya budak tu??kesian ana tengok budak tu..kurus je..waktu tu ana sekeluarga(termasuk TOK ana =p ) ambil keputusan, just wait and see..

kemuncaknya, minggu lepas bila kakak ana dengar sekali lagi budak tu kena balun(bahasa org perlis)..dengan sokongan daripada banyak pihak dan nak elak daripada perkara lagi buruk terjadi, ayah ana buat laporan kepada pusat kebajikan tentang kes budak tu..so, selepas pihak kebajikan datang ke rumah jiran dan buat apa yang patut, maka bermulalah 'perang sehala' (sebab mak cik tu sorang je yang 'berperang' dengan ana sekeluarga =p)..

kata-kata mak cik tu amat menyakitkan hati..setiap kali berjalan di depan rumah mak cik itu untuk ke rumah tok, akan ada perkataan yang tak sedap didengar keluar dari mulut mak cik tersebut..waktu ni memang banyak bersabar..terus teringat kisah Nabi Muhammad S.A.W dengan seorang wanita yang selalu menyusahkan perjalanan Nabi ke masjid setiap pagi dengan meletakkan duri, najis di atas jalan..tapi Nabi Muhammad tetap sabar, sikit pun tak marah malah Nabi menziarahi wanita tersebut bila menyedari satu pagi jalan ke masjid bersih sahaja..rupa-rupanya wanita tersebut sakit...indahnya peribadi Rasulallah itu telah mengISLAMkan wanita tersebut..

Allahuakbar!! Rasulallah dicaci, dihina malah pernah ada komplot untuk membunuh Nabi...tapi Baginda tetap maju dalam perjuangan dakwahnya..tak pernah luntur walau sesaat..ini tidak, baru sehari dua kena maki, dah tension,malas nak ambik tahu hal orang lain..terus bermasam muka dengan mak cik tersebut..adus!!baru aku tahu di mana letaknya tahap kesabaranku..Ya Allah, aku memohon Engkau tanamkanlah semangat juang RasulMu ke dalam diri hambumu ini ya Allah..Ameen..

sedikit perkongsian buat sahabat semua..moga ada ibrah yang dapat diambil daripada kisah ini..