CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, July 2, 2010

setelah wisel itu berbunyi

Assalamu'alaikum w.b.t..alhamdulillah berkesempatan menulis walaupun x sehebat penulisan sahabat2 y lain..walaupun sekarang tengah hangat dgn world cup tapi semangat mujahid y syahid dalam kapal mavi marmara masih membara dalam diri..terbaru apa y ana dengar,konvoi LL4 gaza akan digerakkan lagi ramadhan ini dengan lebih 100kapal akan ikut serta..doakanlah semoga kita tergolong antara golongan y menegakkan Islam di atas muka bumi ini..terkesan dengan kata2 senior ana, kak afeera yang mengatakan setiap antara kita ini berdosa jika tidak mempunyai perasaan untuk mengembalikan kegemilangan Islam, zaman khilafah kerana kita ini telah Allah pertanggungjawabkan sebagai khalifah Allah di bumi..masih berbangga dengan title 'khalifah'??

memandangkan sekarang bola jadi tumpuan utama, so ana nak kait sikit perkongsian kali ni dengan bola..sambil2 tgk bola tu, ana nak kongsi sikit ibrah tentang permainan bola sepak ni..bola sepak ni ibarat pentas hidup ni..selagi pengadil permainan tak meniupkan wisel, selagi tula pemain akan terus sepak bola n berpeluang menjaringkan GOL!!..mcm tu la kita, selagi malaikat tak tiup sangkakala, selagi tulah kita ada peluang untuk berjuang menuju syurga Allah..dalam padang pula, setiap pemain akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menjuarai perlawanan tu, mcm2 strategi yang digunakan..pengadil dalam padang juga disediakan untuk sentiasa mengawal pergerakan pemain dalam padang.. dalam kehidupan,banyak strategi yang digunakan untuk mencapai kejayaan di alam sana, di situ lahirlah pelbagai agama yang mengatakan mampu membawa manusia menuju kejayaan abadi, kita juga sentiasa memerlukan penasihat dan panduan dalam hidup seperti alim ulama, guru2, ibu bapa, rakan2 dan penduan paling agung, Al-Quran supaya kita sentiasa berada di siratul mustaqim..dari segi peminat pula, ia menasihatkan kepada diri kita bahawa orang di sekeliling kita sentiasa memerhati gerak geri kita, memberi sokongan,idea, dan laungan semangat kepada pasukan pilihan, namun pemain itu sendiri yang perlu bertindak untuk menghasilkan jaringan..dan terakhir, malam ini peminat Brazil(juara world cup 5x) dikejutkan dengan kekalahan kepada Belanda 2-1..apa yang boleh dikata, kehidupan itu ada naik turunnya..

selalulah ingatkan diri bahawa tak selalunya kita akan berada di atas,
tak selalunya kita akan bersemangat meneruskan dakwah ini,
tak selalunya kita bergembira apabila diajak ke program..
takutnya bila memikirkan ini semua..
oleh itu ana mengharapkan doa dari sahabat2 untuk terus tsabit di jalan yang indah ini..

itulah serba sedikit ibrah dari permainan bola sepak yang dapat ana kogsikan di sini..
ayuh kita persiapkan diri ini sebaiknya dan menjadi antara 'pemain' yang bakal tersenyum apabila 'wisel' penamat permaianan ditiupkan..

wallahu'alam..
p/s:doakan juga muscle2 di tangan ini untuk terus rajin menaip =)

0 comments: